Friday, 11 March 2016

Hidup Secara Percuma atau.....

Salam semua.....

Semalam saya menonton satu rancangan di tv....mengenai apa sebenarnya yang manusia cari....rata2 semua orang mahukan kemewahan hidup memiliki kuasa membeli yg tinggi...alahai senang cakap semua org nak duit yg banyak supaya dpt memiliki rumah impian....kereta mewah...melancung ke mana shj. Apakah tujuan kita mahukan kesemuanya itu? Kerana ironinya kita lihat org yg memiliki kesemua yg disenaraikan tadi nampak  begitu bahagia bersama keluarga mereka.....

Maka bertebaranlah manusia di atas muka bumi ini  gigih berusaha mengejar impian mereka tanpa mengira penat lelah...siang atau malam.

Maka tidak dinafikan....seperti juga Allah menjanjikan ganjaran yang setimpal diatas segala apa yg kita usahakan ....kita akan merasakan suatu kepuasan yg kita kecapi hingga melarutkan segala keringat kita terutama  jika ianya telah membuatkan kita mengharungi segala dugaan di sepanjang perjalana  tersebut.......

Persoalan seterusnya pula....Adakah kita merasakan ianya mencukupi? Emmmm bohong lah kalau kita jawab cukuplah tu....makanya secara sedar atau pun tidak mereka ini telah masuk ke dlm kitaran itu yg dipanggil the Rat Race.....

Sekarang mari sertai saya untuk kita sama2 berimiginasi sebentar...cuba kita bayangkan sebuah kampung org asli jauh di pendalaman.....sekarang apa kah pendapat umum anda tentang kehidupan mereka ini....adakah mereka ini susah? Kebuluran ? Tidak bahagia?adakah mereka memerlukan wang yg banyak....rumah yang besar....

Jadi fikir fikirkan lah......sekarang ini mari kita lihat satu ungkapan yg memang tersangat biasa kita dengar sejak dari kita masih di dlm buaian hinggalah sekarang....iaitu ungkapan di bwh ini:-

"REZEKI ITU TIDAK AKAN DATANG BERGOLEK"

To be continued...




No comments:

Post a Comment